Isnin, 19 Disember 2011

Matluthfi!!!

Assalamualaikum,
Hari ni IsZ nak kongsi sesuatu (hei bukan filem kongsi la..). Sebenarnya aku ni kira peminat nombor 1(huhu bangga) jugak dekat Matluthfi sorang ni. Mana tidaknya setiap kali dia masuk video baru aku tak lepaskan peluang nak tengok.

MATLUTHFI....

(Aik apasal aku boldkan nama dia pastu siap guna kaler kegemaran aku lagi)
Sebabnya aku suka dia. Hey hey hey dengar perkataan SUKA semua jelous yep.... Sorry Sorry boboi lari(hah dah lepas lagu soory baru rekaan kumpulan Boboi Maharaja lawak dah, korg punya pasallah ni heheh) Aku jelaskan. Perkataan suka tu bukanlah maksud aku ni suka ke dia(sebenarnya ada jugak sikit, tengok jelous lagi hahaha).

Aku suka pada cara dia bervlogger bukan blogger ye. Dia ada dapat TOP VLOGGER you know. Bukan senang nak capai. Aku yang blogger ni pun terkial-kial lagi. Ulang lagi, aku suka pada cara dia bervlogger. Memang sempoi beb. Lancar ala-ala highway Lancang je. Tajuk dengan apa dia sampaikan memang terbaik(bak kata Boboiboy). Best... Dia buat video tu bukan suka-suka je. Ada sesetengahnya menyampaikan perkara yang bagus untuk tatapan awam(fuh..skema ayat). Kalau ada daripada korang yang x suka dia punya video tu dah tak syak lagi korang mesti JELOUS!

Ada lagi.... Ni bab rupa parasnya. Cakap rupa parasnya, ni cer korang tengok gambar dia ni.

Jeng jeng jeng!!!



Anggap dia pandang korang!




Apa korang pikir pasal rupa parasnya? Bagi aku, dia ni comel...^_^...
Comel jer sebab kalau bab hensem... Erm dia masih tak sampai hahah.

Lagi satu! Korang jangan fikir yang dia ni duk rumah goyang kaki tapi incame masuk! Dia, Matluthfi yang berpelajaran tinggi. Dia belajar kat luar negera iaitu AUSTRALIA! Hah korang pernah pergi. Aku jejak kaki kat negara orang pun tak pernah(mood sedih).

Okey! Aku rasa tu je sebab-sebab aku suka dia. Korang nak tahu tak macam mana aku boleh jumpa video dia kat youtube? Aku tak pernah terfikir akan ada video semacam itu.(ok teruskan membaca ya)

Suatu hari (bukan suatu malam ye nanti jadi tajuk filem suatu malam kubr berasap pulak), kawan aku yang bagi aku dia lebih daripada kawan kerana aku anggap dia semacam kakak(sebab dia lahir bulan 10, aku bulan 11... tahun sama ye 1996 dua-duanya, namanya Qusnina) bagitahu yang dia dengan kak lang(tu panggil dia kepada kakak dia... aku panggil kak ezaty je) ada jumpa video best punya dan dia kasi link kat facebook aku. Dari cerita aku korang dah tahu yang aku berjangkit dari Qusnina hahaha. Lepas tu terus aku layan je video-video Matluthfi90.

Umi ada perasan aku duk layan video Matluthfi90 tu. Dia kata macam ni:

Umi: Apa best tengok video orang tu... Cakap je.
IsZ: Best apa.... :)

So, conclusion dari dialog aku tu adalah tak semua orang minat kita akan minat dan tak semua kita minat orang akan minat...

p/s: Qusnina Hanis, sorry jebak nama kau dalam blog aku nih. Jangan risau... kau jadi famous nanti :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan