Assalamualaikum,
Cuba tengok balik title aku tu ^. HARI SAKIT MATA SEDUNIA KE HARI NI? Pasti korang tertanya apa kena sakit mata dengan sedunia and hari ni. Mari aku ceritakan...
Pada suatu pagi, aku bangun dari tidurku yang sudah terlebih limit hahaha kantoi sudah. Relax-relax dulu dalam bilik. Malas nak tegakkan badan. Dalam 5 minit berelax, aku bangunlah dari tidur niat dihati umi nak masak sarapan kene tolong. Keluar dari bilik.
'Aik apasal rasa macam pandanganku tak penuh ni' bisikku. Tengok cermin>>>
'Haik apa kes mata aku ni kecik sebelah kiri'pelikku.
"Umi!!!!!!!!! " aku panggil ibuku yang tersayang
"Umi...Umi, kenapa mata kakak ni?" tanyaku
"Hah! kamu sakit mata? Tengok sapa yang sakit mata?" kata umi setelah menilik mataku
"Mana ada pandang sape-sape yang sakit mata...." balasku
"Hah Umi . Umi ingat tak masa kat klinik nak cocok baby, ada budak kecik depan kita tu sakit mata jugak. Kakak jangkit di dia tak?" celah adikku Ayu yang sedang bancuh air milo
"Kakak tengok dia ke?" tanya umi
"Mana ada kakak tengok. Kakak nampak dia sakit mata, kakak pandang TV jelah"jawabku
Akhirnya bab sakit mata aku lerai atas kehendakku yang malas nak cakap apa-apa dah.
Kalau kami semua ada terjebak dalam title saya bermakna bukan salah saya ye. Ini disebabkan ia tidak berjangkit melalui tatapan blog....
P/s: Aduh camana nak ambik result khamis ni. Malu weh! Takkan nak pakai spek lawa aku tu. Nak kata pakai spek rabun, aku tak rabun. Hadoi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan