Sehari je lagi untuk menyaksikan pertunjukkan pengambilan slip keputusan PMR tapi aku buat-buat tak tahu je. Padahal dalam hati ni Allah je tahu.
Dah lama tak bermesej ngan kekawan alasannya bazirkan kredit sahaja. So, rasanya dah sebulan telefonku sunyi sepi. Kalau tak mesti lagu Bad Day nyanyian Chipmunk kedengaran. Ada juga orang antar mesej pasal nak ambil keputusan ni tapi aku masih buat tak tahu seolah-olah tak sapapun yang antar mesej walaupun ada perkataan ni :
Forward dan hantarkan kepada 10 orang dan bla bla bla
Ia hanya mengkayakan Celcom saje. Bazir. Cuti-cuti ni baik berjimat sikit ini tidak nak hantar sana, nak hantar sini Huh. Okay cukup.
Hari ni setelah sebulan tak taip untuk mesej aku buat. Ini mesej aku:
Aku : Wey! Esok camana? Nak pakai baju ape n pergi sekolah pukul berapa?
Kawan aku: Pakai baju sekolah n datang pukul 9.45pagi.
Aku : Aik camana kau tahu?
Kawan aku: Erm aku dah lama spy benda-benda ni
Aku : Rajin kau. Kau tak gementar ke? Aku rasa gementar nih!
Kawan aku: Kau gementar. Alu demam! Dah 3 hari aku demam.
Aku : Asudah. Dah tu macamana kau nak ambil result esok? Kang tak pasal-pasal pengsan lak.
Kawan aku: Terpaksalah jugak bangun jugak. Kalau keputusan aku teruk aku pengsan jelah.
Aku : Herm...Aku doakan keputusan kau baik. Kau tu kene doa jugak. Hah! Jangan lupa doakan aku sekali.
Kawan aku: Aku harap mulut kau masin. Aku yakin kau dapat 8A++ punya. Trust me..
Aku : Insya Allah....
Kawan aku: Esok kau nak datang satu keluarga ke?
Aku : Hah! Satu keluarga? Aku rasa aku gi sorang jelah...
Kawan aku: Aik! Rasa je?
Aku : Ha... Yelah rasa jelah. Ayah aku yang hantar. Manalah aku tahu kalau dia nak masuk sekali.
Kawan aku: Herm yelah....
Hah! Baru dengan sorang kawan dah 8 mesej hantar ke dia. Rugi!!! tapi tak pelah... Nak dapat information. Kalau tak mesej aku tak tahu pulak.
PMR! Nasiblah kalau siapa-siapa yang kene periksa besar macam UPSR, PMR, SPM, STPM. Semua orang nak tanya. Semua orang sibuk. Lagi-lagi saudara-mara kan. Betul tak aku cakap ni? Mesti ramai akan berkata begini:
Kawan tanya>>>
Kau dapat berapa PMR?
Kau ada berapa A?
Saudara-mara>>>
Tanya calon....Hah! Awak dah dapatkan keputusan PMR? Berapa?
Tanya ibu bapa... Eh! Anak awak PMR tahun ni kan? Anak awak dapat berapa?
Inilah pertanyaan yang biasa aku dengar masa aku dah dapat keputusan UPSR tahun lepas. Hanya tukar PMR kepada UPSR je. Mesti akan berulang persoalan yang sama. Sebab rakyat Malaysiakan PRIHATIN!
p/s: Kawan aku ialah Masyitah Ahmad =) Masyitah, kau tak marahkan aku cerita ni. Alah yang secret aku tak tulis pun. Secret tetap SECRET!!!
standard la... aku dulu masa lpas amik result pmr pon, bertubi-tubi sedara telefon umah.. pakat nak tau... masa tu aku malas nk jawab, sbb penat baru balik dari sekolah, last2 mak yg tolong jawabkan.. hehehe..
BalasPadamTahan la lagi Pha is suruh mak jawab.... Ni aku kene jawab sendiri... Penat wooo duk kat tepon, x tepon kat laptop... huh........
BalasPadam