Assalamualaikum,
Macam mana aku boleh bosan ye? Buat masa sekarang ni aku di dalam bilik sorang-sorang... Seriously bosan... :-(
Pagi tadi aku bangun pagi lagi. Jadual aku ada kelas pukul 8.30pagi... Tengah-tengah bersiap, tetibe bising pula whatsapp group kelas aku. Rupenye kelas ditunda pkul 12.30. Perghhh, penat je bersiap...
Sementara tunggu pukul 12.30 tu. Aku hanye dengar lagu je. Bilik sunyi oiii.. Roomate aku semua ada kelas. Aku ni pulak dah la satu je kelas harini, ditunda pulak tu. Disebabkan tiada roomate, aku tak berani nak tido balik. Nanti tak terbangun pulak! Mula la ponteng... Sayang oi~
Tetibe, aku dapat mesej. Katenye kelas cancel. Alamak ai! Geram pulak aku~ haha. Kan dah ikut punchline Johan Ashari dalam cerite Cinta Ilahi. Best cerite tu.. Malam jumaat ni aku nak pergi bilik tv jugak macam mana pon. Nak tengok ;-)... Lari topik da ni. Geram pulak aku, penat je aku tahan ngantok aku ni,semata-mata tak mahu terlajak tidur.
Sekarang, aku dah tak mengantuk pulak. Haish. Ni yang bosan melanda sangat-sangat ni. Nak wat keje. Malas la pulak. Petang sikit la buat. Hihi.. So, layan je la kebosanan ini... Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan