Assalamualaikum,
Korang, pernah baca tak novel yang bertajuk Doktor Cinta? Ala buku ni kat bawah ni.
Kalau korang tak pernah baca korang boleh beli kat mana-mana kedai buku harga dia 26 ringgit je. Aik je? Mahal tu, erm tapi padanlah dengan ketebalan dia yang mencecah 823 muka surat tu. Tapi kalau nak baca free pun boleh jugak. Korang pinjam kat kawan baik aku sorang ni nama dia Qusnina Hanis. Sebab aku pun baca free pinjam dari dia. Hahaha aku gurau je kalau dia bagi bolehlah.
Memang best cerita dia. Gaya bahasa dia pun sempoi aje. Pandai pengarangnya iaitu Dyadila mengeluarkan idea. Dari bab lepak ke bab risau dan ke bab kemalangan and lastly dia bahagia.
Ni cer korang bace sinopsis dia:
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.
Hah macam best kan?
p/s: Membaca novel Doktor Cinta ni yang menghabiskan masa time awal-awal cuti. Kalau tak boring giler.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan